BANGI, 26 FEBRUARI 2020 - Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menutup rasmi Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung pada 22 hingga 23 Februari 2020 bertempat di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi dengan kerjasama Persatuan Teqball Malaysia. Peserta seramai 60 orang itu telah diperkenalkan dengan sukan Teqball yang merupakan salah satu sukan baru di Malaysia dan sedang berkembang pesat di seluruh dunia. Sukan ini dilihat memberi kelebihan kepada jaguh permainan takraw dan bola sepak.

Puan Nurul Nadia binti Sallehuddin, Pembantu Rakan Muda, Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah dilantik sebagai urusetia klinik tersebut.

Terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor kerana memberi peluang ini dan tahniah di atas kejayaan penganjuran Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri Selangor.

Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda