SHAH ALAM, 11 MAC 2019 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) telah menyertai Pertandingan Bowling Persahabatan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) di sini.

Objektif penganjuran pertandingan yang disertai oleh pegawai dan kakitangan JBSS ini ialah untuk mewujudkan persaingan sihat antara peserta dan mengukuhkan semangat kerjasama serta semangat setiakawan. Menerusi pertandingan ini, pelbagai aksi menarik telah ditunjukkan dari setiap peserta dan secara tidak langsung menyerlahkan bakat terpendam di kalangan peserta walaupun sibuk dengan tugasan pejabat masing-masing.
Pertandingan anjuran Kelab Kebajikan Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ini telah disempurnakan oleh Encik Sabran bin Abd. Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan diiringi Yang Dipertua, Kelab Kebajikan Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Muazamir bin Jili.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat