MELAKA TENGAH, 16 MAC 2020 – Pembantu Belia dan Sukan, Encik Ibrahim Bin Bujang telah menghadiri Jemputan Penceramah bagi Bengkel Pengukuhan Kemahiran Menolong Pasca Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) anjuran Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) pada 4 Mac 2020 yang lalu bertempat di Bayou Lagoon Park Resort Melaka. Objektif Bengkel ini diadakan adalah untuk merancang pelan strategik AKRAB IPKKM 2021-2024, mempertingkatkan pengetahuan kemahiran menolong dan mewujudkan jaringan hubungan yang lebih erat di kalangan ahli AKRAB IPKKM.

Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor

BENGKEL PENGUKUHAN KEMAHIRAN