SHAH ALAM, 7 SEPTEMBER 2020 ­- Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Umi Hani binti Abu Kassim telah menghadiri Bengkel ePerolehan (Modul Pengurusan Pembelian Terus) yang telah diadakan pada 4 September di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di sini.

Bengkel ini bertujuan memperkasa dan menambahbaik kaedah berkesan menguruskan kewangan di peringkat negeri dan daerah. Bengkel yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ini telah disempurnakan penutupannya oleh Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat