SHAH ALAM, 4 SEPTEMBER 2020 – Telah berlangsung Bengkel e-Perolehan (Modul Pengurusan Pembelian Terus) anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Bengkel yang diadakan di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menempatkan pegawai-pegawai dari unit pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah bagi mendalami ilmu pengurusan pembelian terus bagi memudahkan urusan yang akan datang.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Hasnata bin Hasan turut hadir pada bengkel ini dan menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada semua peserta. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Ahmad Fahmi bin Abd Aziz hadir sebagai peserta bengkel ini.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang