SHAH ALAM, 29 Jun 2018 –  Bagi menyemarakkan perasaan cinta terhadap Al-Quran di kalangan warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, setiap hari Jumaat akan diadakan bacaan Yasin mingguan. Bacaan Yasin kali ini disertai oleh kira-kira seramai 20 orang kakitangan di Ibu Pejabat termasuk Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mua’zamir bin Jili, Timbalan Pengarah Belia dan Puan Musyrifah binti Elias, Timbalan Pengarah Sukan. Semoga dengan bacaan Yasin ini dapat memberi keberkatan dan kemudahan urusan kepada semua warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dalam melaksanakan tugasan di pejabat.

Laporan disediakan : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran