SHAH ALAM, 17 MAC 2020 –  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor meneruskan amalan murni iaitu bacaan Yassin pada setiap hari Jumaat yang telah disertai kira-kira seramai 25 orang pegawai dan kakitangan.  Turut serta dalam bacaan Yassin Kali ini ialah Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Timbalan Pengarah (Belia), Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah (Sukan) dan semua pegawai serta kakitangan daripada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pembangunan Belia, Bahagian Pembangunan Sukan dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

Bacaan Yassin pada 13 Mac 2020 yang lalu bermula jam 9.00 pagi diketuai oleh Encik Sazali bin Abdul Samad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S38) daripada Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

Semoga dengan bacaan Yasin ini dapat memberi keberkatan dan kemudahan urusan kepada semua warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dalam melaksanakan tugasan di pejabat.

Disediakan oleh :  Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran

BACAAN YASIN