AMPANG JAYA, 19 FEBRUARI 2020 – Kedatangan mereka membawa keceriaan dan keriangan di raut muka anak-anak yatim dan asnaf Qaseh Ibu, Ampang Jaya. Hero siri ‘Marvel Avengers’ turut memeriahkan suasana sempena Program Khidmat Komuniti anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Persatuan Belia Ampang Jaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Yayasan Basmi Kemiskinan Negeri Selangor. Antara aktiviti yang diadakan pada 15 Februari 2020 (Sabtu) di sini ialah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar, aktiviti bermain permainan bersama hero-hero ‘cosplay’ antaranya seperti Superman, Ironman, Spiderman dan Star Lord. Di saat anak-anak lain mempunyai ayah sebagai hero, anak-anak kecil yang tidak mempunyai ayah menganggap hero ‘Avengers’ sebagai pelindung dan penyelamat mereka.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang

ANDA SUPERHERO KAMI