AMPANG JAYA, 19 FEBRUARI 2020 – Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang hadir ke Program Khidmat Komuniti di Pusat Pertubuhan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Ampang Jaya. Program yang diadakan pada 15 Februari 2020 (Sabtu) bersama anak-anak yatim ini membuka mata orang ramai untuk turut menyumbang barangan keperluan dan asas seperti pakaian, makanan, susu bayi, dan lain-lain bagi membantu anak-anak yatim ini. Seramai 60 orang anak-anak yatim ini menerima kunjungan pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Sukarelawan Rakan Muda bagi rogram ini. Mereka turut diraikan dengan menyambut hari lahir bagi bulan dan makan bersama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang

ANAK ANAK YATIM TURUT DIRAIKAN PBSD SEPANG