home button

Selangor

SHAH ALAM, 10 NOVEMBER 2021 – Telah berlangsung Morning Prayer Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor pada 10 November 2021 (Rabu).  Mesyuarat yang bermula jam 9:00 pagi tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Selangor. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBS Negeri Selangor dan dihadiri oleh semua Ketua Bahagian di Ibu Pejabat, Ketua Pembantu Tadbir (Pentadibiran) dan Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan).  Mesyuarat menjurus kepada perbincangan pengurusan pentadbiran dan kewangan juga program-program yang telah dan akan dilaksanakan.Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
SHAH ALAM, 10 NOVEMBER 2021 – Telah berlangsung satu Majlis Apresiasi Alam Sekitar Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021, Peringkat Negeri Selangor pada 9 November 2021, bertempat di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam, Selangor.  YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah dijemput hadir ke Majlis tersebut dan telah menerima Sijil Penghargaan kerana turut terlibat sebagai Panel Jemputan bagi “Webinar Diskusi Menjentik Minda-Belia Cakna Alam Sekitar” yang berlangsung pada 21 Oktober 2021 yang lalu.Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
KELANA JAYA, 10 NOVEMBER 2021 - Majlis Penutup Klinik Badminton KBS Negeri Selangor telah dirasmikan oleh CP Dato’ Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Selangor bertempat di Kompleks Sukan PKNS dekat sini. Objektif klinik yang berlangsung selama dua (2) hari ini adalah untuk menekankan tentang kemahiran locomotor atau teknik asas biomekanikal dalam pukulan, servis, pergerakan, kedudukan dan seterusnya jangkaan pukulan balas serta menanam minat yang lebih mendalam dalam sukan badminton. Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda) turut hadir ke majlis penutup tersebut bagi mengiringi Tuan Pengarah.Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
SHAH ALAM, 10 NOVEMBER 2021 - Pada 2 November yang lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat JaPEN, Tingkat 21, Bangunan Darul Ehsan telah berlangsungnya satu program bual bicara bertajuk “Unsung Hero @ PPV”. Jabatan Penerangan Negeri Selangor telah melaksanakan program bual bicara tersebut di saluran media sosial jabatan iaitu Influencer @JaPen yang menjadi platform penyebaran maklumat. Program ini disiarkan secara langsung dengan menggunakan platform Facebook rasmi Jabatan Penerangan Selangor. “Ini adalah pengalaman pertama saya ditemuramah begini. Semestinya saya sangat gugup! Tapi alhamdulillah, saya berjaya menyelesaikannya!” ujar Rafiq.Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda