Mukah, 22 September 2022 – Senam Cergas Keluarga Malaysia telah bermula pada 14 September 2022 (Rabu) bertempat di Dataran Pehin Setia Raja Mukah pada 5.15 petang sehingga 6.30 petang.Program ini bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, jabatan-jabatan kerajaan negeri seterusnya masyarakat di sekitar daerah Mukah. Selain itu, program ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Program anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah, MAKSAK Daerah Mukah dan Kelab Sukan Rekreasi Arena Seberang ini akan dijalankan selama 10 sesi sehingga penghujung tahun 2022. Turut hadir bersama memeriahkan program ialah Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Puan Nolin Gendang Setiausaha MAKSAK Daerah Mukah.