SRI AMAN, 13 Mac 2020(Jumaat) - Satu Sesi bagi mempromosikan Program FitMalaysia @ Community Peringkat Bahagian Sri Aman telah bersiaran langsung di konti RTM Sri Aman jam 10.37 pagi. Pegawai Projek Encik Abdul Rani Bin Jemi telah mewar-warkan program berkenaan untuk makluman seluruh warga Sri Aman agar sama datang bagi memeriahkan program ini. Program ini akan diadakan di Mini Stadium, Sri Aman pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula bulan March sehingga Oktober 2020, dari jam 4:30 – 5:30 petang. Dalam temubual berkenaan, beliau mengharapkan agar program FitMalaysia@ Community Peringkat Bahagian Sri Aman mendapat sambutan dan penyertaan masyarakat setempat tanpa mengira peringkat umur. Beliau juga memaklumkan bahawa Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman akan terus berkolaborasi dengan pihak RTM Sri Aman bagi mempromosi sebarang aktiviti dan program yang akan di anjurkan oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman sepanjang tahun 2020.

By Abdul Rani bin Jemi