BINTULU, 12 MAC 2020 – Satu mesyuarat telah di anjurkan oleh Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad bermula jam 9.30 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan GLC mengenai pergerakan dan kefahaman konsep berkoperasi bagi meningkatkan taraf sosioekonomi, berjimat cermat, langkah penggalakkan simpanan untuk masa hadapan, kebajikan anggota dan memberi maklumat terkini berkenaan produk-produk yang ditawarkan oleh KOPERKASA. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Nazirul Athif Mohamad Razif, Penolong pegawai belia dan sukan bahagian Bintulu, Stella Nakaran, Pembantu belia dan sukan bahagian Bintulu. Di harap dengan adanya taklimat ini ahli Koperasi Koperkasa mendapat manfaat dan dapat menggalakkan amalan menyimpan serta berjimat cermat.