BINTULU, 9 MAC 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Kelab kecergasan 4u Bintulu telah menjayakan Program Senamrobik Fit Malaysia @Community Bahagian Bintulu bersamaan dengan Hari wanita Sedunia yang bertempat di Naim Paragon, Bintulu pada 8 mac 2020. Seramai 100 peserta wanita menyertai Senamrobik ini yang bermula dari 8.30 pagi hingga 10.30 pagi itu. Instruktor senamrobik yang mengetuai acara ini, Puan Siti norziema binti Ranie dan di bantu empat instruktor. Tujuan utama program ini adalah untuk memastikan setiap masyarakat khususnya belia,dapat bergiat aktif dalam aktiviti senamrobik dan membudayakan amalan gaya hidup sihat.

Peserta yang hadir begitu seronok dan berpuas hati dengan gaya senamrobik yang dipersembahkan dan mengharapkan program seperti ini dapat di teruskan lagi di masa akan datang.