Mukah, 22 September 2022 – Program 1000 Liga Sukan Catur telah diadakan pada 15 September 2022 betempat di Politeknik Mukah. Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan telah menjadi pengelola kepada program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah yang bermatlamat untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat ke semua peringkat. Selain itu, program ini sebagai tanda sokongan pihak pejabat kepada Politeknik Mukah dalam pengisian Pesta Konvokesyen Politeknik Mukah di samping untuk mengeratkan hubungan baik pada masa akan datang.

Program telah disertai pelajar Politeknik Mukah, pelajar sekolah di Mukah, Oya dan Dalat serta staff Politeknik Mukah. Majlis Penyampaian hadiah dan pingat telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Politeknik. Turut hadir bersama ialah Pengarah Politeknik Mukah dan Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.