SARIKEI, 16 MAC 2020 – Aktiviti kesukarelaan merupakan suatu skop yang luas di mana ianya melibatkan penyertaan aktif belia dan komuniti dalam pelbagai bidang kehidupan, bantuan dan khidmat sokongan dalam konteks pembangunan komuniti,pendidikan,kesihatan,sosio ekonomi, pertanian, alam sekitar,bencana,kebajikan,perpaduan dan lain-lain.Ia juga merupakan suatu proses meningkatkan kesedaran dan keprihatinan serta melahirkan rasa kebertanggungjawaban di kalangan belia.

Oleh itu, satu perbincangan telah diadakan bersama Pengerusi Kelab Belia Pekan Pakan bersama Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, Encik Mohd Nadzrul Idzlan berkenaan pelaksanaan program itu nanti.Program ini akan dilaksanakan bermula bulan Mac hingga November selama 1 hari pada setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan yang melibatkan penglibatan belia diperingkat akar umbi dan komuniti setempat yang berkonsepkan santai dan tidak formal.Ini akan melibatkan Daerah Sarikei, Bintangor,Pakan,Julau dan Selalang.Antara agensi yang akan turut serta bersama-sama Kelab Belia Pekan Pakan ,Kolej Komuniti Sarikei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Bahagian,Kelab Rakan Muda Sarikei.

Diharap program ini Berjaya dilaksanakan serta dapat melahirkan belia yang bertanggungjawab terhadap komuniti setempat dan menerapkan semangat kesukarelaan dikalangan belia.