MIRI, 4 JULAI 2022 – Majlis konvokesyen telah diadakan bagi meraikan graduan muda TVET seramai 2,593 secara berperingkat mengikut zon di seluruh negara bermula dari 2 Julai hingga 4 September 2022. Majlis Konvokesyen IKBN Miri, Sarawak telah diadakan pada 2 Julai 2022 yang meraikan seramai 74 graduan daripada Bidang Teknologi Automotif, Teknologi Hospitaliti dan Teknologi Mekanikal.

Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Ts. Dr. Ir. Azmi bin Ahmad, Timbalan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan Pengarah IKBN Miri, YBrs. Puan Noor Azma binti Deris. Turut bersama memeriahkan majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Encik Roley anak Lagir Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan kerana menamatkan pengajian dengan jayanya.