KOTA SAMARAHAN, 28 JANUARI 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan menyambut baik Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi. Walaupun perbezaan agama tidak mnjadi penghalang warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian  Samarahan untuk sama sama menyambut perayaan tersebut. Sambutan tersebut dilakukan secara sederhana semasa Pandemik Covid - 19 ini. Tahun Baru Cina pada tahun ini adalah Tahun Harimau, iaitu haiwan ke 3 dalam kitaran 12 haiwan dalam Zodiak Cina. Manakala Buah mandarin adalah salah satu buah tradisi semasa perayaan cina. Setiap kali kedatangan Tahun Baru Cina, limau mandarin pasti akan menjadi satu kemestian dan banyak dijual sebagai salah satu simbolik perayaan itu. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada smua yang meraikan. Gong Xi Fa Cai.