Sarikei, 28 Januari 2022 – Cukup unik dan sungguh bermakna, begitulah ungkapan yang dapat digambarkan sekitar Majlis Ringkas Penyampaian Cenderamata daripada belia di Bayong, Sarikei kepada Encik Mohammad Arbi Bin Rosli. Cenderamata yang melambangkan hasil kraftangan rakyat Sarawak dan keunikan masyarakatnya sendiri dengan kepelbagaian bangsa yang hidup dalam satu keluarga. Encik Hendry Martin Unddy Anak Alfred Ullok selaku wakil belia di Bayong, Sarikei telah menyerahkan cenderamata tersebut sebagai tanda kenang kenangan kepada Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang akan berpindah ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri.