27 JANUARI 2022, SIBUExco Kelab Bola Sepak District, Sibu (SDFC), Encik Zamri Kiprawi Bin Bujang datang ke Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu untuk berkongsi pendapat dan pendekatan terbaik bagaimana kelab bolasepak komuniti seperti Sibu District Football Club boleh membangunkan bolasepak di Sibu secara holistik kepada warga Sibu amnya dan belia di Sibu khususnya. Penjelasan berkenaan SOP terkini telah dibuat dan semoga program pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lancar.