BAU, 17 SEPTEMBER 2022 - Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1 (OUTREC) Peringkat Negeri Sarawak sedang berlangsung dari 15-18 September 2022 di Libiki Bamboo Resort, Krokong, Bau. Seramai 20 orang peserta dan dikendalikan oleh 7 orang Jurulatih dari Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang. Kursus tersebut turut disantuni oleh Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Encik Nor Azli bin Mohamad Daud. Semasa taklimat tersebut beliau telah berkongsi sedikit sebanyak tentabg peranan dan program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan. Beliau juga menyeru agar penggiat rekreasi yang ada agar menyertai Kursus sebegini kerana ianya mempunyai nilai tersendiri dalam bidang rekreasi khususnya di negeri Sarawak.