Sarikei, 12 Januari 2021 – Perbincangan bersama Encik Mohd Nadzrul Idzlan Bin Mohd Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Pengerusi Kelab Unisport Sarikei membuktikan hubungan baik antara pejabat dengan pihak NGO’s di bahagian Sarikei. Hubungan baik seperti ini perlu dikekalkan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat terutama di bahagian Sarikei seterusnya menjadi contoh kepada orang lain. Antara intipati perbincangan yang telah dicapai ialah berkaitan pengurusan kelab dan perancangan program tahun 2021. Pelbagai aktiviti telah dirancang pada tahun 2021 termasuk program sukan, rekreasi dan sosial dan pelaksanaan aktiviti bergantung pada keadaan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.