BINTULU,14 OGOS 2022 - Sempena Karnival Hari Belia Negara 2022 Peringkat Bahagian Bintulu, pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah mengadakan job Fair dengan kerjasama PERKESO Bintulu di Dewan Suarah Bintulu bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang . Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Johnny Pang, ADUN N68 Tanjung Kidurong turut dihadiri Encik Hussaini bin Hakim Timbalan Residen Bintulu, Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.

Menurut pegawai PERKESO ,"Seramai 432 orang bilangan peserta telah mendaftar temuduga terbuka dan seramai 41 orang peserta telah berjaya temuduga tersebut". Berikut adalah Pecahan majikan status berjaya dalam sesi temuduga antaranya majikan PMB SILICON SDN BHD telah mengambil seramai 12 orang calon, manakala majikan dari ROTARY MEC SDN BHD telah mengambil seramai 24 orang calon, majikan SIME DARBY seramai 3 orang calon dan akhir sekali dari majikan ONE MEDICARE seramai 2 orang calon. 

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PERKESO dan agensi-agensi yang terlibat secara langsung dalam membantu belia Bintulu mendapatkan peluang pekerjaan di HBN 2022 peringkat Bahagian Bintulu .