home button

Sarawak

KUCHING, 15 SEPTEMBER 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dgn kerjasama Kelab Rekreasi Anak Kenyalang telah mengadakan Program Kayuhan Basikal Malam Sempena Sambutan Hari Malaysia 2020. Seramai 120 org pengayuh telah mengikuti kayuhan malam ini dengan jarak 27km di sekitar bandaraya Kuching. Majlis Pelepasan Flag-Off telah disempurnakan oleh En. Rudzaimeir Bin Malek, Timbalan Pengarah DBKU. Turut hadir memeriahkan majlis pelepasan ialah wakil dari Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pejabat Daerah Kuching. Sebagai langkah keselamatan,jarak kayuhan basikal malam terpaksa dipendekkan memandangkan keadaan cuaca hujan lebat yang melanda bahagian Kuching.

BINTULU, 8 SEPTEMBER 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu berkesempatan untuk mengunjungi salah seorang usahawan di bawah program Tabung Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia (TKWPEB). Perniagaan yang diusahakan beliau adalah kedai gunting dan dandanan rambut yang didaftarkan atas nama Aquilia Unisex Hair Beauty Saloon bertempat di pekan Tatau, Bintulu.

Kedai tersebut mempunyai 2 orang pekerja termasuk beliau sendiri. Perniagaan yang diusahakan beliau ini sangat mementingkan kualiti serta kemahiran menggunting yang tinggi dan kerana itulah perniagaan beliau masih kekal beroperasi sejak lebih 10 tahun.

Pihak pejabat berharap usahawan belia khususnya di Bahagian Bintulu untuk menggunakan ruang dan peluang memasarkan produk atau menggunakan kemahiran yang ada untuk menjadi usahawan yang berjaya.

BINTULU, 4 SEPTEMBER 2020 – Wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah berkesempatan untuk hadir ke Majlis Penangguhan Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Negeri Sarawak oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak di Dewan Suarah Bintulu.

Seminar yang dikelolakan oleh Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak ini telah dihadiri oleh hampir 300 orang wakil Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau di Bahagian Bintulu.

Pihak pejabat berharap program seperti ini dilaksanakan dengan lebih meluas lagi ke seluruh bahagian di Negeri Sarawak yang dapat memupuk integriti dan kepimpinan dalam diri setiap masyarakat yang dapat mengekalkan keharmonian rakyat di negeri ini.

BINTULU, 8 SEPTEMBER 2020 – Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, En Kigen Anak Satong berbesar hati untuk menyampaikan dokumen serta sijil perakuan pendaftaran kelab kepada pengerusi Kelab Belia Jalan Tanjung Kidurong iaitu saudara Elina. Untuk makluman anggota yang didaftarkan oleh kelab tersebut adalah seramai 27 orang yang kesemuanya adalah daripada bangsa cina.

Pihak pejabat dimaklumkan oleh pengerusi kelab bahawa beliau serta anggota kelab adalah ahli daripada Junior Chamber International Malaysia (JCI Malaysia) iaitu sebuah organisasi kebangsaan yang memfokuskan pembinaan kepimpinan dalam kalangan belia.

Pihak pejabat berharap kelab ini akan melahirkan belia yang berkepimpinan sebagai pewaris kesinambungan kepimpinan negara pada masa hadapan seragam dengan 9 Bidang Keutamaan Belia dalam Dasar Belia Malaysia.