home button

Sarawak

MIRI, 21 SEPTEMBER 2020 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang diwakili oleh Encik Roley Anak Lagir dan Encik  Rynnile Elsther Peter telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Pembangunan Bolasepak Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS ) yang diadakan pada 18 September 2020 di Hotel Dynasty, Miri.


Tetamu jemputan ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Perlancongan, Kesenian ,Kebudayaan, Belia & Sukan Negeri Sarawak yang diiringi oleh Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak serta Encik Abdul Aziz Bin Haji Mohamad Yusuf, Pemangku Residen Bahagian Miri.

Dalam ucapan Yang Berhormat Datuk Abdul Karim Rahman mencadangkan supaya pencarian pemain utk mewakili negeri dalam acara bola sepak serta acara lain adalah melalui program pembangunan sukan terutama di peringkat sekolah. Tambahnya dalam situasi semasa atlit lepasan sekolah tiada hala tuju dan ini menjadikan produk-produk atlit serta pemain semasa di peringkat sekolah hilang entah ke mana dan tiada kesinambungan. FAS dan Persatuan Sukan di peringkat bahagian berperanan utk mengendalikan pertandingan di peringkat tempatan. Dalam perancangan, sebanyak lima buah pusat pembangunan sukan dan sebuah Pusat Kecemerlangan sukan akan diwujudkan di Bahagian Miri sebagai permulaan program ini dan juga akan diwujudkan di bahagian-bahagian lain. Selain itu, projek kolam renang tertutup dan berbumbung telah diluluskan manakala Stadium Miri dan Sibu akan dipasang lampu limpah bukan sahaja untuk sukan bola sepak malahan utk aktiviti lain agar dapat dilaksanakan pada waktu malam.


Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian watikah pelantikan jurulatih bola sepak yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah kepada semua jurulatih bola sepak di bawah Program Pembangunan Bolasepak Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) & Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

MIRI, 21 SEPTEMBER 2020 – Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri mewakili Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah menghadiri Perhimpunan Agung Tritahunan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) ke-16 yang berlangsung di Hotel Pullman dari 18 hingga 20 September 2020. Majlis perasmian telah diadakan di Pullman Hotel Miri Sabtu, dan disempurnakan oleh Ketua Menteri merangkap Presiden SABERKAS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Menteri Belia dan Sukan Sarawak merangkap Timbalan Presiden dan Pengelola Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Muda Utiliti Bekalan Air dan Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) merangkap Naib Presiden SABERKAS, Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Haji Junaidi; Menteri Muda Undang-Undang Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek merangkap Naib Presiden SABERKAS, Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Utiliti Elektrik Luar Bandar merangkap Naib Presiden SABERKAS, Datuk Liwan Lagang; ADUN Layar merangkap Naib Presiden SABERKAS, Yang Berhormat Gerald Rentap Jabu; ADUN Telang Usan merangkap Naib Presiden SABERKAS, Yang Berhormat Dennis Ngau; ADUN Kedup merangkap Naib Presiden SABERKAS, Yang Berhormat Martin Ben;  ADUN Daro merangkap Setiausaha Agung SABERKAS, Yang Berhormat Safiee Haji Ahmad; Bendahari SABERKAS, Ngui Ing Ing; Ahli Jawatankuasa SABERKAS, Cr.Jok Eng Jok; Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman), Datuk Haji Talib Zulpilip; Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin; Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew serta Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak,  Yang Berhormat Hajah Rosey Yunus.

Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS Negeri Sarawak yang ke-16 bertujuan untuk mendengar pembentangan usul dan cadangan bagi memilih Ahli Jawatankuasa Tertinggi SABERKAS Negeri Sarawak, sesi 2020-2023 merupakan antara sejarah terbesar yang pernah berlaku sepanjang penubuhan SABERKAS sejak tahun 1973, kerana melibatkan cawangan yang paling banyak sekali iaitu seramai 59 cawangan.

Walaubagamanapun, akibat daripada kekangan pandemik COVID-19 di mana penganjur juga telah memutuskan untuk membenarkan hanya 3 orang sahaja perwakilan daripada setiap cawangan bagi mengelak masalah tiada penjarakan fizikal sesama ahli mesyuarat.

BINTULU, 9 SEPTEMBER 2020 -  Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu berkesempatan untuk mengunjungi salah seorang usahawan di bawah program Tabung Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia (TKWPEB). Perniagaan yang diusahakan beliau ialah roti yang didaftarkan atas nama Bibi Usaha Enterprise, dan mempunyai kilang pembuatan roti yang bernama Bibi Usaha Bakery bertempat di pekan Jepak, Bintulu. Kedai tersebut mempunyai 3 orang pekerja termasuk beliau sendiri.

Perniagaan ini telah beroperasi sejak lebih 10 tahun dan menfokuskan penghantaran roti ke sekolah dan juga kilang sekitar pekan Jepak.

Pihak pejabat berharap usahawan belia khususnya di Bahagian Bintulu untuk menggunakan ruang dan peluang memasarkan produk atau menggunakan kemahiran yang ada untuk menjadi usahawan yang berjaya.

MIRI, 17 SEPTEMBER 2020 - Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menyerahkan aset alih ICT berupa dua buah set komputer Y-Centre Miri kepada pihak Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu sebentar tadi. Encik Kigen Satong dari Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu telah hadir ke PBSB Miri bagi menerima komputer tersebut daripada En. Roley Anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri.

Permohonan aset alih komputer oleh PBSB Bintulu adalah bertujuan untuk menggantikan komputer yang telah lama rosak. Semoga dengan adanya kemudahan komputer ini dapat membantu melancarkan lagi proses tugasan harian pihak PBSB Bintulu.