home button

Sarawak

SARIKEI, 4 SEPTEMBER 2020 – Tiga orang wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei Encik Mohammad Arbi, Encik Mohd Nadzrul Idzlan dan Cik Norfaziela telah menghadiri Taklimat Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Negeri Sarawak 2020 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Gunasama Persekutan Sarikei.Taklimat ini adalah anjuran daripada Jabatan Perangkaan Bahagian Sarikei. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada penjawat awam berkenaan pendaftaran secara atas talian banci penduduk dan perumahan dalam system e-Census.

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci) dilaksanakan setiap 10 tahun sekali sejak penubuhan Malaysia. Banci 2020 merupakan Banci keenam ia adalah untuk mendapatkan stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci pada suatu masa sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk.

SARIKEI, 4 SEPTEMBER 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan ruang pejabat dan persekitaran pejabat yang bertujuan untuk menceriakan ruang dan persekitaran ruang pejabat tersebut dan seterusnya membudaykan amalam 5S secara berterusan. Kerja gotong royong telah dimulakan dengan taklimat dan pembahagian tugas dengan pelaksanaan kerja-kerja seperti menyisih, menyusun, membersihkan, dan lain-lain kerja bagi menceriakan pejabat serta runag kerja masing-masing.Keseluruhannya, aktiviti gotong-royong ini telah berjalan dengan lancar. Semua kakitangan pejabat berganding bahu dalam memastikan keadaan ruang kerja masing-masing berada dalam keadaan ceria dan bersih. Ini sekaligus dapat memastikan ruang kerja dan persekitaran pejabat dalam keadaan teratur dan kemas serta meningkatkan kualiti kerja selain dapat membentuk sikap  kerjasama di kalangan kakitangan pejabat.

SARIKEI, 4 SEPTEMBER 2020 – Pegawai Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei Encik Mohd Nadzrul Idzlan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Sarikei, Cik Nurina Pillin anak Sibat bagi membincangkan pelaksanaan Mesyuarat Agung Kelab Rakan Muda Sarikei bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi menerajui dan meneruskan Kelab Rakan Muda yang telah sekian lama menyepi.Ini bertujuan bagi memberi sinar baharu kepada permulaan penubuhan jawatankuasa yang baharu kelak yang akan diadakan pada 11 September 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Komuniti Sarikei.Disamping itu juga, perbincangan untuk mengadakan Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda juga telah dibincangkan dan Kolej Komuniti Sarikei bersetuju agar taklimat tersebut diadakan selepas Mesyuarat Agung KRM Sarikei.Ini bertujuan memberi input dan penerangan kepada pelajar di kolej tersebut agar dapat menyertai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.Diharap perancangan yang telah dibincangkan dapat berjalan dengan baik dan lancer dan seterusnya menghidupkan semula peranan Kelab Rakan Muda di Bahagian Sarikei.

SARIKEI, 4 SEPTEMBER 2020 – Dua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei Encik Mohd Nadzrul Idzlan bin Mohd Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Cik Wong Li Yien, Pembantu Tadbir (PT/PO) telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC 2019 yang telah disampaikan oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelancongan,Kesenian ,Kebudayaan Belia dan Sukan  Sarawak bertampat di Pullman Hotel Kuching.

Menyingkap asas pelaksanaan APC untuk pekhidmat awam, ianya dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012 – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. APC merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. Merujuk kepada pekeliling tersebut, pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian.

Diharap dengan penerimaan anugerah ini dapat menyuntik semangat supaya lebih berdedikasi dalam menjalankan amanah dalam tugasan harian.