home button

Sarawak

SARIKEI, 7 SEPTEMBER 2020 – Kelab Belia Pekan Pakan adalah salah satu daripada pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Malaysia dan merupakan perubuhan belia tunggal yang berdaftar di daerah tersebut. Objektif penubuhan kelab tersebut adalah bagi membantu belia-belia di pedalaman, mengangkat suara belia di pedalaman , membimbing belia-belia di pedalaman untuk berpersatuan, memberi latihan kepada belia pedalaman dari segi kepimpinan,kerohanian dan berketrampilan yang baik.Oleh itu, Pengerusi Kelab Belia Pekan Pakan, Saudara Kevin Jampang telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan telah berbincang dengan Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSB Sarikei berkenaan program yang boleh dilaksanakan untuk belia di kawasan pedalaman agar mereka boleh bergerak seiring dengan belia-belia di kawasan Bandar dan tidak ketinggalan maklumat dan bantuan yang diberikan kepada golongan belia amnya.Beliau telah di beri tunjuk ajar dan pendedahan di mana beliau boleh membuat permohonan bantuan menerusi system atas talian yang telah di bantu oleh Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSB Sarikei, Encik Mohammad Arbi agar impian belia di kawasan daerah Pakan dapat direalisasikan.Semoga usaha ini membuahkan hasil dan mengangkat martabat belia pedalaman seiring belia di kawasan bandar.

KOTA SAMARAHAN, 04 SEPTEMBER 2020 –Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah turut serta dalam Sesi Maklumbalas Rakyat Berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 dengan tema ‘Berfikir Perpaduan Bersama Rakyat’ anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan.

Maklumbalas tersebut sebagai platform untuk mendapatkan maklumbalas serta input berkaitan pelaksanaan agenda perpaduan nasional dan memastikan Pelan Tindakan Perpaduan Negara dilaksanakan dan mencapai matlamat.

Majlis telah dilancarkan oleh YB. Puan Hjh Rubiah binti Hj. Wang, Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan. Sesi Pendengaran Awam telah dikendalikan oleh En. Abdul Rasid bin Mahsin, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Samarahan dan Serian.

Maklumbalas boleh diisi melalui dua acara iaitu secara manual dengan mengisi borang yang telah disediakan dan mengisi secara online dengan mengimbas kod QR menggunakan telefon bimbit.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua-ketua Jabatan, KRT, Ketua-ketua Kaum, Pn. Fatimah bte Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, En. Muhammad Naim bin Abdul Nasir dan En. George Fredrick dari Unit Sukan, PBSB Samarahan serta Pn. Sabarina binti Bohan dari PBSB Samarahan.

KUCHING, 4 SEPTEMBER 2020 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Santubong, KOMBES telah dilaksanakan satu majlis bacaan yasin. Majlis ini telah dilaksanakan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Negeri Sarawak (KEBS). Antara pengisian yang dilaksanakan ialah bacaan yasin yang dipimpin oleh En. Awgku Adi Azwan Bin Awgku Bolhassan. Turut hadir bersama adalah Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBS Sarawak. Majlis ini dimeriahkan dengan jamuan ringan berkonsepkan potluck bertujuan menerapkan amalan bersedekah sesama rakan sekerja. Turut menjadi pengisian adalah sedikit ucapan dari Puan Pengarah kepada pegawai dan kakitangan JBS Sarawak.

KOTA SAMARAHAN, 02 SEPTEMBER 2020 –Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menyantuni Program Merdeka@Komuniti Daerah Samarahan 2020 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak dan Pejabat Penerangan Daerah Kota Samarahan bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan. Program Merdeka@Komuniti bertujuan untuk menyeru agar komuniti setempat untuk mengibarkan Jalur Gemilang walau dimana saja berada sebagai tanda kecintaan kepada negara. Ini kerana Jalur Gemilang merupakan lambang dan simbol kedaulatan negara yang patut dihormati. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak. Ucapan aluan pula disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Suwadi bin Haji Guliling, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB. Puan Hjh Rubiah binti Hj. Wang, Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan, YB. Dato’ Sri Hj. Mohammad Ali bin Mahmud, ADUN N.17 Stakan, Timbalan Residen Bahagian Samarahan, En. Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, En Abd Latip bin Samsudin, Pegawai Penerangan Daerah Kota Samarahan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Kaum, Pn. Fatimah bte Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Pn. Norliati dari Unit Belia PBSB Samarahan serta En. Muhammad Naim bin Abdul Nasir dan En. George Fredrick dari Unit Sukan, PBSB Samarahan.