home button

Sarawak

LIMBANG, 9 SEPTEMBER 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang melalui Cik Margaret Anak Sawing, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Limbang mewakili Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah menyampaikan sijil penghargaan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2020 kepada 2 orang calon dari Bahagian Limbang.

Calon-calon yang berasal dari Bahagian Limbang adalah Hannah Maria Anak Lamat dan Azreerin Bin Hamran. Penyerahan sijil ini adalah untuk menghargai penglibatan calon-calon ini dalam program-program belia dan meneruskan penglibatan dalam pembangunan belia.

SARIKEI, 9 SEPTEMBER 2020 – Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, Encik Mohd Nadzrul telah mengadakan perjumpaan dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Sarikei Baru bagi membincangkan pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Sarikei.Ini merupakan rakan strategic baharu bagi pelaksanaan ARPRM Sarikei pada tahun ini.

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertujuan untuk memberi pengiktirafan oleh pihak kerajaan atas penglibatan remaja Malaysia yang berumur antara 14 hingga 25 tahun dalam bidang-bidang yang menyumbang kepada proses pembangunan mereka melalui pendekatan 4 elemen iaitu khidmat masyarakat, kecergasan fizikal,kemahiran dan penjelajahan lasak.

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) merupakan Skim Anugerah yang bertaraf Antarabangsa. Anugerah ini telah diadaptasikan daripada The Duke of Edinburgh's Award atau kini lebih dikenali sebagai The International Awards For Young People yang mula diperkenalkan pada tahun 1956.

Setakat ini, sebanyak 126 buah negara di seluruh dunia telah menyertai program Anugerah ini. Anugerah ini bukan suatu pertandingan tetapi lebih menekankan kepada cabaran individu selain daripada gaya hidup yang seimbang, fleksibel serta penglibatan secara sukarela yang berterusan dan menyeronokkan.

Ianya merupakan satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja dalam menanam nilai-nilai yang berkualiti seperti semangat, bekerjasama, sukarela, patriotik dan sebagainya ke arah pencapaian personaliti unggul.

SARIKEI, 8 SEPTEMBER 2020 - Satu Lawatan Pemantauan Peminjam Tabung Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia (TKWAPEB) Bahagian Sarikei telah diadakan oleh Pegawai Unit Pembangunan Ekonomi, Cik Norfaziela pada 8 September 2020 (Selasa) bertempat di Jalan Allamanda, Kampung Seberang Sarikei.

Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti status lokasi peminjam TKWAPEB Bahagian Sarikei sama ada masih menjalankan projek ataupun tidak,

Hadir sama di sesi lawatan tersebut ialah Encik Mohammad Arbi bin Rosli, Pegawai Unit Pembangunan Belia dan Encik Mohd Nadzrul Idzlan, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda.

SARIKEI, 8 SEPTEMBER 2020 – Bagaikan diberi nafas baru apabila persatuan sukan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 boleh memohon Bantuan Prihatin Sukan 2020 bagi menghidupkan kembali aktiviti yang sebelum ini terpaksa dihentikan lebih tiga bulan. Merujuk kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kementeriannya memperuntukkan kira-kira RM10 juta untuk membantu persatuan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS). Peruntukan tersebut dibahagi kepada 3 kategori khusus memulihkan kembali persatuan sukan yang terjejas untuk meneruskan aktiviti tertangguh sebelum ini.3 kategori tersebut ialah untuk pengurusan dan pentadbiran, bantuan untuk menjalankan aktiviti dan program dan kategori terakhir ialah bantuan pendigitilan,kajian dan pembangunan. Permohonan adalah dibuka dan boleh dibuat dalam talian melalui pautan laman web rasmi KBS.

Oleh yang demikian, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengambil inisiatif dengan membuat pendekatan ke atas Persatuan Sukan bagi membantu dan memberi tunjuk ajar mereka membuat pemohonan Bantuan Prihatin Sukan 2020 secara atas talian .

Diharapkan dengan adanya bantuan yang telah diberikan kepada persatuan sukan dapat menggerakan kembali persatuan sukan yang terjejas akibat pandemic COVID-19.