home button

Sarawak

KUCHING, 12 FEBRUARI 2020 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak(SESA) telah dijemput oleh pihak S.M Sains Kuching Utara telah dijemput untuk memberi Taklimat Pengenalan Esports kepada guru dan pelajar di sekolah tersebut. Seramai lebih kurang 600 guru dan pelajar telah hadir di taklimat tersebut. Taklimat telah diberikan oleh En. Afiq Fadhli Narawi selaku Presiden, Persatuan Sukan elektronik Negeri Sarawak(SESA).

Pelbagai input telah disampaikan oleh beliau antaranya perkembangan sukan elektronik dan kesedaran tentang cara –cara mengamalkan sukan esports yang betul. Turut hadir ke taklimat tersebut ialah pengetua S.M Sains Kuching Utara, Dr. Norisah Bt. Suhaili dan En. Zume Bin Kaiman, Penolong Pegawai Unit Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
MIRI, 13 FEBRUARI 2020 - Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan dari Puan Qaisarah Abdullah, pemimpin program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari Sekolah Menengah Sains Miri, semalam.

Kunjungan beliau ke PBSB Miri adalah untuk merancang aktiviti program ARPRM untuk peserta emas, perak dan gangsa dari SM Sains. Seramai 14 orang peserta emas, 6 orang peserta perak dan 20 orang peserta gangsa akan menyertai aktiviti di bawah program ARPRM.

Selepas selesai sesi perbincangan, En. Roley Anak Lagir mewakili Jabatan telah menyampaikan sijil pentauliahan pemimpin ARPRM kepada Puan Qaisarah Abdullah yang disaksikan oleh En. Rynnile Elsther Peter dari Unit Pembangunan Rakan Muda PBSB Miri.

PBSB Miri mengucapkan tahniah kepada Puan Qaisarah di atas pentauliahan sebagai pemimpin program ARPRM. Semoga program yang dirancang pada tahun ini akan terlaksana dan melahirkan lebih ramai peserta ARPRM dari SM Sains Miri.
MIRI, 10 FEBRUARI 2020 - Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri turut dijemput hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Bil. 1/2020 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Miri pada 7 Februari yang lalu.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mastapha Bin Haji Julaihi, Residen Bahagian Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri. Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan kaedah pencegahan bersama ahli jawatankuasa serta pihak berwajib agar tidak berlaku masalah pembakaran yang tidak terkawal sehingga boleh menyebabkan jerebu terutamanya di musim kemarau.

Sesi taklimat khas telah disampaikan oleh Tuan Law Poh Kiong, Pegawai Zon Miri dari Jabatan Bomba dan Penyelamat. PBSB Miri bersedia membantu dalam menyediakan khidmat sukarelawan di masa akan datang.

SIBU, 12 Februari 2020 -  Mesyuarat Program Fit Malaysia bersama Kelab Kecergasan LCHFS, Sibu  di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu.

Program Fit Malaysia ini akan dilaksanakan setiap hari Sabtu bermula pada 22 Februari 2020 dan dijangka akan berakhir pada November 2020 dengan melibatkan 32 siri bagi tahun ini. Cadangan pelaksanaan Program FIT MALAYSIA @COMMUNITY 2020  adalah di Permai Lakeside Corridor, Sibu.

Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat yang melibatkan penyertaan komuniti setempat.