home button

Sarawak

MIRI, 8 SEPTEMBER 2020 - Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KBS dan Datuk Hatipah binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara diiringi Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Encik Roley Anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah dibawa meninjau Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung, Miri yang merupakan salah satu daya tarikan kepada pelancong ke bandar tersebut.

Di kesempatan yang ada, Datuk M Noor Azman bin Taib dan Datuk Hatipah binti Ibrahim berpeluang meninjau pemprosesan dan pengeluaran kek lapis oleh pemilik premis Kek Lapis Sarawak Siti Payung, Encik Hafidz bin Rohani. Kek Lapis Sarawak Siti Payung yang terkenal di Miri, Sarawak merupakan satu produk yang menuju kearah global dari segi pasaran dan kualiti.

Semoga usaha anak-anak Belia Sarawak dalam mengembangkan kek lapis Sarawak secara meluas berjalan dengan jayanya.

MIRI, 8 SEPTEMBER 2020 - Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KBS dan Datuk Hatipah binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Kek Lapis Embun Citra, Miri.
 
Lawatan ke premis Kek Lapis Embun Citra, Miri telah disambut mesra oleh Encik Matassan Rohani, Pengerusi Persatuan Belia Miri yang merupakan anak kepada pengasas Kek Lapis Embun Citra dan diberikan penerangan ringkas tentang pembuatan kek lapis. Datuk M Noor Azman bin Taib dan Datuk Hatipah binti Ibrahim dibawa melihat sendiri proses pembuatan dan turut diberikan peluang mencuba sendiri cara pemprosesan kek lapis Sarawak.
 
Kek Lapis Sarawak Embun Citra merupakan premis kek lapis pertama di Miri yang diusahakan oleh Encik Mohamad Bakhtiar @ Zahari Rohani. 
 
MIRI, 7 SEPTEMBER 2020 - Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KBS dan Datuk Hatipah binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam Penghargaan anjuran International Youth Centre (IYC).
 
Majlis Makan Malam Penghargaan ini diadakan sempena menghargai kerja-kerja Sukarelawan dan Para Petugas Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) dalam perlaksanaan projek pembinaan air paip bersih di Long San dan Uma Akeh, Baram, Miri. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua diatas kerjasama dalam menjayakan projek komuniti itu.
 
Hadir bersama memeriahkan majlis Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
MIRI, 7 SEPTEMBER 2020 - Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KBS dan Datuk Hatipah binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah mengadakan rangka lawatan kerja selama 2 hari ke Miri, Sarawak mulai 7 hingga 8 September 2020.
 
Kunjungan kerja rasmi Datuk M Noor Azman bin Taib ke Sarawak telah disambut meriah dan beliau telah sudi merasmikan pembukaan pejabat baharu Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri di Wisma Persekutuan, Jalan Kipas, Miri pada 7 September 2020. Antara pengisian aktiviti adalah melawat pejabat baharu dan sesi perjumpaan bersama pegawai dan kakitangan PBSB Miri.
 
Turut hadir bersama Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Encik Roley Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri.