home button

Sarawak

KUCHING, 14 SEPTEMBER 2020 - Persatuan Tarian Naga, Tarian Singa dan Wushu Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat dengan Puan Azura Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak bertempat di Biik Mesyuarat Sejinjang. Antara agenda utama adalah persatuan telah mengutarakan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh persatuan pada masa akan datang. Antara kerjasama yang akan diadakan adalah penerangan berkaitan Standard Operation Procedur (SOP) berkaitan sukan ini kepada jurulatih dan atlet persatuan yang akan diadakan pada 19 September 2020. Ini adalah bagi memudahkan persatuan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti mengikut SOP yang dibenarkan. Di akhir kunjungan ini Timbalan Pengerusi, Persatuan Tarian Naga, Tarian Singa dan Wushu telah menyampaikan cenderamata kepada Puan Azura Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak sebagai tanda kenangan.

KOTA SAMARAHAN, 14 SEPTEMBER 2020 – Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia yang bakal menjelang tiba pada 16 September ini, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan tidak ketinggalan untuk turut sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyeramakkan lagi semangat Hari Malaysia serta mengingati tarikh keramat penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Dengan tema Malaysia Prihatin dan slogan Kita Jaga Kita sebenarnya memberi gambaran nilai patriotisme yang tiada tolok bandingnya dalam situasi Malaysia menghadapi pandemik. Ini lah kesatuan hati rakyat Malaysia.

Terdahulu, Sambutan Hari Malaysia 2020 akan disambut di Bandar Sibu, Sarawak pada 16 September tahun ini.

Selamat Hari Malaysia daripada warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.

LUNDU, 12 SEPTEMBER 2020 - Seramai 25 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Perkhemahan yang diadakan di Permata Pugu, Lundu. Kursus yang diadakan pada 10 hingga 11 September 2020 ini adalah anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang (KALK). Majlis Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Puan Azura Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.Turut hadir Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Encik Doni bin Sahari dari Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang (KALK).

MIRI, 11 SEPTEMBER 2020 - Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan sesi perbincangan bersama beberapa buah kelab sukan permotoran sebagai persiapan untuk program Forum Online Cabaran Sukan Bermotor Bersama MAM yang dicadangkan pada 26 September 2020.

Sesi perbincangan tersebut dipengerusikan oleh En. Roley Anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah diadakan semalam di bilik perbincangan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri. Seramai 5 orang pengerusi dan wakil kelab yang telah hadir ke sesi perbincangan tersebut. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenal pasti peserta yang terdiri daripada kelab sukan permotoran yang dapat menyertai forum tersebut serta cadangan tarikh perlaksanaan forum tersebut.

Forum Online Cabaran Sukan Bermotor Bersama MAM Peringkat Negeri Sarawak akan disertai lebih 40 orang peserta berumur 18 tahun ke atas yang terlibat secara langsung dalam sukan permotoran seperti ahli persatuan, penganjur, pelumba serta krew teknikal. Forum Online tersebut akan melibatkan penceramah dari Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan ikon permotoran negara di mana peserta akan mendapat maklumat mengenai MAM, cabaran sukan bermotor serta perkongsian ikon permotoran negara berkenaan pengalaman sebagai atlit sukan permotoran.