home button

Sarawak

KUCHING, 16 APRIL 2021 –Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak atau singkatannya KEBS telah menganjurkan Kejohanan Badminton KEBS 2021 pada 8 hingga 9 April yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Sarawak.

Sebanyak 2 kategori yang telah dipertandingkan iaitu Kategori Bergu Lelaki dengan 7 penyertaan manakala bagi Kategori Bergu Wanita telah disertai sebanyak 3 pasukan melibatkan pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak termasuk dari Pejabat Persuruh Jaya Sukan Sarawak (PJS) dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak (ROY) .

Dalam pada itu, Johan bagi Kategori Bergu Lelaki telah diungguli oleh En. Denis Denpi dari JBS dan En. Amis dari PJS dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200.00 beserta medal. Naib Johan pula disadang oleh En. Abu Zaid bin Abu Bakar, Pengerusi KEBS dan Mohd Azizan dari JBS dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150.00 beserta medal manakala tempat ketiga pula disandang oleh dari Pengarah JBS sendiri, En. Lamat Nyalau dan En. Freddy dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100.00 beserta medal. Hadiah Saguhati pula diberikan kepada En. Azizi Johari, Persuruhjaya Sukan Sarawak dan En. Amirul dari JBS.

Bagi Kategori Bergu Wanita pula telah dimenangi oleh Pn. Idayu dan Sh. Zainab dari JBS dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150.00 beserta medal. Naib Johan pula disadang oleh Pn. Synnier Jean dan Cik Eva Syafika dari JBS dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100.00 beserta medal manakala tempat ketiga pula disandang oleh Pn. Merlyn dan Pn. Norazizah masing-masing dari PJS dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50.00 beserta medal.

Hadiah telah disampaikan oleh En. Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak dan diiringi oleh En. Abu Zaid bin Abu Bakar, Pengerusi KEBS.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pada kejohanan badminton kali ini.

 

Sarikei, 14 Mac 2021 – Satu taklimat Skim Perantisan Nasional dan Portal MyFeatureJobs secara atas talian telah diadakan bersama dengan pihak Kolej Komuniti Sarikei dan PERKESO Sibu. Taklimat ini telah dihadiri oleh pelajar semester 3 dan alumini Kolej Komuniti Sarikei dan Sibu.Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada para peserta manfaat Skim Perantisan Nasional dan kepentingan mendaftar dalam Portal MyFeatureJobs dalam mencari peluang pekerjaan pada masa kini.Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Encik Mohamad Al-Hafiz Bin Sapuani, PERKESO Sibu,Encik Awang Abdul Razaq Bin Awang Kaderi, PERKESO Sibu dan Cik Nurina Pillin Anak Sibat sebagai moderator dari Kolej komuniti Sarikei.

BINTULU, 12 APRIL 2021 – Isnin, satu taklimat bersama sukarelawan Jabatan Belia dan Sukan Untuk Membantu Pendaftaran Vaksin telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu dan telah dipengerusikan oleh Residen Bahagian Bintulu. Taklimat yang disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Residen Bintulu tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Residen Bintulu, Pegawai Daerah Sebauh, wakil daripada Pejabat Daerah Tatau dan Bintulu serta pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu. Seramai 15 orang sukarelawan yang terdiri daripada belia setempat terlibat sebagai sukarelawan MyVAC (Malaysian Vaccine Support Volunteers) dalam melancarkan program imunisasi kerajaan. Para sukarelawan ditugaskan di Pejabat Residen Bahagian Bintulu mengikut pembahagian beberapa kumpulan untuk mendaftar semula pendaftaran vaksin secara manual ke dalam sistem JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19) bagi memudahkan proses penerimaan vaksin.

MyVAC merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai "Herd Immunity".

Dengan adanya kerjasama daripada perbagai pihak seperti ini diharap bukan sahaja dapat memupuk nilai-nilai kesukarelawanan dalam kalangan belia malah dapat membantu kerajaan mengurus dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 2021.

MIRI, 13 MAC 2021 – Pasukan Malaysian Youth Volunteer Vaccine Mobilization (MyVAC) mula berkampung selama 5 hari di bilik gerakan Pejabat Daerah Miri, semalam.

Seramai 20 orang sukarelawan MyVac di bahagian Miri telah melapor diri di bilik gerakan tersebut untuk membantu sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri dalam urusan pendaftaran dan pengesahan penerima vaksin melalui Mysejahtera atau senarai manual yang diterima.

Hadir sama untuk sesi taklimat bersama sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri ialah Puan Stephanie Wendy Anak Stamford dan Encik Rynnille Elsther Peter dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri.