KBK 370x268 1

KENINGAU, 14 Mac 2020 - Kelab Belia Keningau (KBK) telah menganjurkan satu Program Training of Trainers (TOT) kepada 30 orang ahli-ahli KBK yang bermula pada 14-15 Mac 2020 bertempat di Taman Bandukan Recreation Club. Program ini merupakan cetusan idea pengerusi KBK sendiri, Encik Syafiee Ludi setelah program sebenar mereka iaitu North Borneo Youth Camp (NBYC) yang sepatutnya diadakan pada 14-17 Mac 2020 telah dibatalkan oleh penularan wabak Covid-19.

Sebagai rekod, 30 ahli KBK ini merupakan urusetia dan fasilitator bagi program NBYC yang telah pun berkampung di Taman Bandukan Recreation Club sejak bulan Januari 2020 lagi bagi mengadakan persiapan untuk program NBYC. Antara aktiviti mereka jalankan pada bengkel TOT kali ini adalah ceramah kesukarelawanan, pengucapan awam, pengacaraan majlis, protokol dan banyak lagi.

Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau telah dijemput bagi menyampaikan slot kesukarelawanan oleh Encik Erzan Abdullah dan turut dihadiri oleh Puan Jovanna Juanis, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau. Diharapkan, KBK akan kekal berjaya dalam penganjuran program-program khusus dalam pembangunan belia di Bahagian Keningau

Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau