KIMANIS, 18 Jun 2022 – Satu Program Inspire Italent Peringkat Negeri Sabah 2022 telah diadakan bertempat di Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis, Papar.

Program Inspire Italent ini dilaksanakan untuk mengukur keupayaan umum bagi menilai dan mengenalpasti bakat asas keupayaan sukan golongan orang kurang upaya (OKU).

Majlis Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Turut hadir YBrs. Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan YBrs Encik Misfat Mathern, Presiden Kelab Olahraga Para Terbilang (KOPT).

Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah