ilead 1

KENINGAU, 23 Februari 2021– ‘Persepsi Individu mahupun masyarakat akan mempengaruhi persekitaran komunikasi manusia’ demikian antara kupasan oleh Encik Ab. Aziz bin Mohd Yatim, mantan Penyarah UPSI dan Pengasas Prodigy.

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel jemputan oleh Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-Lead) KBS dalam program dialog komunikasi atas talian yang bertajuk Sayang Menarik Sayang, Benci Menarik Benci, Pengaruh Persepsi Terhadap Persekitaran Komunikasi Manusia manakala moderator program ini ialah Encik Abd Jalalul Shahrin bin Abdul Basir, Penolong Pengarah Kanan Kluster Kerjaya, I-Lead.

Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau turut mengambil peluang dalam menyertai program ini bagi meningkatkan lagi ilmu komunikasi khusus dalam bidang tugas yang banyak melibatkan hubungan dua hala bersama para belia khusus di Bahagian Keningau.

Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau