KENINGAU, 27 Januari 2022 – Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau berkesempatan menghadiri Amanat dari YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia sempena Majlis Perhimpunan Bulanan KBS yang diadakan secara fizikal dan juga dalam talian.

Antara lain amanat yang disampaikan adalah mengenai program-program KBS yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 dan pemantapan kekuatan sukarelawan serta hubungan baik bersama rakan strategik selaku pemegang taruh KBS.

Pihak PBSB Keningau akan terus membantu menjayakan program-program dibawah KBS dalam membentuk masyarakat berbudaya sukan dan pembangunan modal insan para belia di Bahagian Keningau khususnya.

Disediakan oleh
Erzan Abdullah
PBSB Keningau