16HB PB 1

KOTA KINABALU, 16 Mac 2020 - Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil. 1/2020 hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas dalam perutusannya mengingatkan kepada semua pegawai agar melaksanakan program Pejabat mengikut jadual kalendar yang telah ditetapkan.

Mesyuarat turut membentangkan perancangan Program Bahagian Pembangunan Belia, Bahagian Pembangunan Sukan dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda bagi tahun 2020 oleh pegawai unit masing-masing.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat