KOTA KINABALU, 20 Jun 2022 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana & Teknikal Program Active @ Martial Arts, Sukan Tradisional & 1000 Liga Peringkat Negeri Sabah telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Agenda mesyuarat adalah taklimat dan pembentangan konsep pelaksanaan Program Active @ Martial Arts, Sukan Tradisional & 1000 Liga Peringkat Negeri Sabah serta perbincangan jenis sukan yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan dan Kelab Sukan yang berkaitan.

Turut hadir dalam mesyuarat ini YBrs. Encik Fedrius Jumi, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pantai Barat.

Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah