SEMPORNA, 27 JUN 2020 - Telah berlangsung Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan Negeri Sabah bagi Pembinaan Gelanggang Serbaguna (Bola Tampar & Sepak Takraw) di Kampung Tongkalloh Darat, Pulau Bum Bum Semporna. Proses kerja pembinaan telah berjalan dan bermula pada 19 Jun 2020 lalu dan dijangka siap pada 17 Julai 2020. Sessi pertemuan dan lawatan ini diketuai oleh Tuan Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Encik Mazlan Hj Anis selaku Timbalan Pengarah. Turut hadir bersama Encik Sylvero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Encik Yum maren bin Basri, Pegawai Pembangunan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Abidin, Tuan Pemilik Tanah, Encik Mohd Ali Abd Basri, Pegawai Unit Belia, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau dan Encik Zayanidi Abbas, Pegawai Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Pihak Pejabat merakamkan penghargaan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. Semoga proses pembinaan serta perlaksanaannya berjaya dengan baik sempurna. Oleh: Zayanidi Bin Abbas PBSB Tawau