LAHAD DATU, 26 JUN 2020 - Telah berlangsung Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan Negeri Sabah bagi Pembinaan Gelanggang Futsal di Pangsapuri Mutiara Kasih, Lahad Datu. Sessi pertemuan dan lawatan ini diketuai oleh Tuan Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Encik Mazlan Hj Anis selaku Timbalan Pengarah. Turut hadir bersama Encik Sylvero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Encik Yum maren bin Basri, Pegawai Pembangunan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, wakil Pegawai Eksekutif, Majlis Daerah Lahad Datu, Tuan Hj Ismail, Pengerusi Surau Pangsapuri Mutiara Kasih dan Encik Zayanidi Abbas, Pegawai Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Pihak Pejabat merakamkan penghargaan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. Semoga perancangan serta perlaksanaannya berjaya dengan baik sempurna. Oleh: Zayanidi Bin Abbas PBSB Tawau