TUARAN, 30 Mac 2020 - Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran (BSMM) telah mengambil inisiatif membuat DIY Face Shield untuk di sumbangkan kepada petugas Frontlines hospital dan klinik kesihatan di daerah ini. Menurut Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran Encik Kelvin Lo, sebanyak 400 keping face shield telah di sumbangkan kepada Hospital Tuaran dan 100 keping face shield kepada Klinik Kesihatan Tamparuli. Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada sukarelawan BSMM dan penderma yang terlibat menjayakan aktiviti berkenaan. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat