TUARAN, 16 April 2020- BSMM Daerah Tuaran terus giat membantu Unit Tabung Darah Hospital Tuaran apabila mengadakan kempen menderma darah bertempat di Bangunan Bulan Sabit Merah Tuaran hari ini. Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo berkata program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Yu Huang Temple Tuaran dan Unit Tabung Darah Hospital Tuaran. Seramai 44 orang telah mendaftar sebagai penderma dan berjaya mengutip 36 pints darah jenis A, B, O dan AB. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat