home button

Sabah

28HBPB 1

RANAU, 28 Julai 2020 - Satu sesi lawatan tapak bagi meneliti cadangan permohonan gelanggang futsal untuk masyarakat Kg. Tagudan Lama, Ranau telah diadakan hari ini.

Lawatan tapak oleh Encik Hamzah Md. Tahir mewakili Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat antara lain mendapatkan maklumat terperinci berkaitan status tanah dan kesesuaian tapak.

Sementara itu, Pengerusi MPKK Kg. Tagudan Lama, Encik Maharadz Mahmud dalam satu kenyataan ringkas merayu agar gelanggang tersebut dapat dibina di kampung tersebut memandangkan Kg. Tagudan Lama terletak di tengah-tengah 18 buah kampung yang berdekatan. Beliau turut menambah, tiada kemudahan sukan yang dapat digunakan oleh belia-belia setempat dan terpaksa melalui 20-30km perjalanan ke pekan kundasang atau Ranau untuk beriadah.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat

4HBPB 1 4HBPB 2

RANAU, 4 Ogos 2020 - Lawatan minggu ke-3 bagi memeriksa kerja-kerja membaikpulih dan naik taraf Gelanggang Bola Keranjang Kg. Lohan Satu, Ranau telah diadakan hari ini.

Lawatan yang dibuat oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir antara lain bagi mempastikan kerja-kerja kontraktor dilaksanakan mengikut skop-skop kerja yang ditetapkan oleh pihak Jabatan.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat

27HBKGU 1

KENINGAU, 27 Julai 2020 – ‘Jadikan jabatan-jabatan lain sebagai rakan kongsi dalam pembasmian najis dadah’, demikian permintaan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Yang Di Hormati Komisioner Polis (CP) Dato’ Sri Zulkifli Bin Abdullah semasa mengadakan Sembang Santai bertempat di Arena Belia Keningau. Program anjuran AADK Keningau ini merupakan program tahunan bagi menyampaikan taklimat dan data terkini khusus di kawasan berisiko tinggi di Bahagian Keningau.

Program yang menghimpunkan hampir 100 peserta turut dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau, Puan Jovanna Juanis sebagai langkah menyokong agenda memerangi dadah melalui kelab-kelab belia dan sukan di Bahagian Keningau.

Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau

22HBTWU 2 22HBTWU 1

TAWAU, 22 JULAI 2020 - Telah berlangsung Lawatan Pemantauan dan pertemuan Progress Kerja-Kerja Binaan yang sedang dijalankan oleh Pihak Kontraktor yang bertanggungjawab.

Perbincangan Team PBSB Tawau, Encik Syivero Patrick Bersama En Ismail, Engineer Mekanikal & Elektrical MH Kontraktor telah menunjukkan proses gerak kerja yang amat positif.

Alhamdulillah kerja-kerja awal ini rancak giat dijalankan dengan baik teratur dan mengharapkan progress kerja ini akan berterusan lancar dipermudahkan mengikut jadual pembinaan yang telah ditetapkan.

Hadir sama sesi Lawatan Encik Zayanidi Abbas, Pegawai Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Pihak Pejabat merakamkan penghargaan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. Semoga perlaksanaan dan pembinaan projek ini berjaya dengan baik sempurna.

Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau.