home button

Sabah

BEAUFORT- 09 APRIL 2022 – Majlis berbuka puasa Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah (GPBBPB). Turut hadir En. Yassin Omar. Pegawai Kementerian Belia & Sukan Beaufort, En. Abqaree Fawwaz Abekan Liun, Presiden Majlis Belia Sabah & En. Mazlan Joe Mannan, Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah.

Antara acara, penyampaian cenderamata kepada bekas jawatankuasa GBBPB, penyampaian watikah pelantikan jawatankuasa gabungan sesi 2021-2023, penyampaian dana kepada ketua penyelaras Prgm Jalinan Kasih Ramadhan bhg pedalaman bawah & penyampaian sumbangan kepada anak yatim.

#jbsnbersama
#pbsbbeaufort
#sabahmajujaya

Disediakan oleh,
Nurhayati binti Salleh
PBSP Beaufort

TUARAN, 1 April 2022 - Bulan Sabit Merah Malaysia Tuaran bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran telah mengadakan Kempen Menderma Darah sempena Hari Polis 2022 pada 30 Mac 2022 yang lalu.

Kempen yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran bermula jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang berjaya mengumpul sebanyak 39 pints darah. Para penderma terdiri daripada kakitangan IPD Tuaran dan anggota RELA Daerah Tuaran.

Turut menderma darah di dalam kempen menderma tersebut adalah Ketua Polis Daerah Tuaran, Tuan Mohd Hamizi Halim yang begitu gembira dengan sambutan yang menggalakkan daripada warga IPD Tuaran dalam menjayakan kempen tersebut. BSMM Daerah Tuaran dan Unit Transfusi Darah Hospital Tuaran mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma yang sudi menderma darah pada hari tersebut.

Oleh:
Admin BSMM Tuaran

TUARAN, 1 April 2022 – Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran bersama Persatuan Tzu Chi Daerah Tamparuli telah mengadakan kempen menderma darah pada 27 Mac 2022 yang lalu bertempat di Harapan Layak Sdn Bhd Tamparuli.

Kempen tersebut disertai oleh 67 orang penderma dan sebanyak 54 pints darah berjaya dikutip. BSMM Daerah Tuaran mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma yang hadir bagi menjayakan kempen pada kali ini.

Oleh:
Admin BSMM Tuaran

 

KOTA KINABALU, 7 APRIL 2022 - Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad turun padang melawat dan meninjau Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja rasmi Ketua Pengarah JBSN ke negeri Sabah di mana turut melibatkan tinjauan ke pejabat, premis dan kemudahan di bawah pentadbiran JBSN.

Terletak di Bangunan Wisma Pandu Puteri di Sembulan, Pejabat ini diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian, Encik Syivero Patrick.

Pejabat Belia dan Sukan berperanan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berkaitan pembangunan belia dan sukan termasuklah khidmat nasihat, penganjuran program atau aktiviti, konsultasi dan banyak lagi.

Menurut Tuan Mohd Azhari, tinjauan ini akan dilaksanakan secara berkala melibatkan 113 Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Bahagian/ Kawasan di seluruh negara.

"Usaha ini adalah bagi memastikan setiap pejabat beroperasi dengan tadbir urus yang baik dan cekap seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan pemegang taruh belia dan sukan," ujar beliau.

Turut serta, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan JBSN, Encik Carl Sherman Anak Rigar.

Ditulis oleh: Media JBSN