home button

Sabah

KOTA KINABALU, 7 April 2022 - Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat, Encik Syivero Patrick bersama Encik Andy Suhardy bin Sarbini dan Encik Norbit bin Malek telah membuat kunjungan hormat kepada Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah, Puan Kartini Datuk Arif, di Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan berkenaan dengan kerjasama dan isu-isu bangunan Wisma Pandu Puteri Sembulan yang di sewa oleh Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai.

Terima kasih diatas kesudian pihak Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah diatas kesudian menerima kunjungan daripada pihak Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai.

Oleh:
Sukarnih binti Sidik
PBSB Pantai Barat

PAPAR, 4 April 2022 - Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat, Encik Syivero Patrick bersama Encik Andy Suhardy bin Sarbini dan Puan Norhayati binti Tasif telah membuat kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Papar yang diwakili oleh Encik Mohammad Fuad Bin Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Papar (Pembangunan).

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan berkenaan Tapak Cadangan Pembinaan Kompleks Sukan Daerah Papar. Pihak Pejabat ingin mendapatkan beberapa info dan maklumat mengenai tapak tersebut untuk dimajukan kepada Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Semoga usaha murni ini akan menjadi kenyataan dan memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk menjalankan gaya hidup sihat mereka.

Oleh:
Sukarnih binti Sidik
PBSB Pantai Barat


PAPAR, 3 April 2022 – Program Rakan Muda Ramadhan (Tadarus Dan Khatam Al-Quran) Peringkat Bahagian Pantai Barat telah diadakan bermula 3 April 2022 sehingga 22 April 2022 bertempat di Sekolah Menengah Agama Negeri Islamiah Papar dekat sini.

Program Tadarus ini akan berlangsung selama 20 hari yang melibatkan seramai 20 peserta daripada kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Islamiah Papar dengan bimbingan 2 orang tenaga pengajar juga daripada Sekolah Menengah Agama Negeri Islamiah Papar.

Pihak Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan kepada pihak Sekolah Menengah Agama Negeri Islamiah Papar diatasa sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Oleh:
Sukarnih binti Sidik
PBSB Pantai Barat

KOTA KINABALU, 1 April 2022 - Kunjungan hormat Encik Melville Mogan, Pengerusi Kelab Anak Muda Pekan Menggatal (MYC) ke atas Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat Encik Syivero Patrick.

Kunjung hormat ini bertujuan untuk perbincangan berkenaan kerjasama program dan aktiviti yang boleh dilaksana secara bersama dengan kelab (MYC) sepanjang tahun 2022. Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari segi pentadbiran kelab yang lebih baik memandangkan Kelab Anak Muda Pekan Menggatal baru saja mendapat sijil pendaftaran pada tahun lalu.

Semoga kerjasama dan sokongan dari semua pihak dapat membantu kelab ini menjalankan segala aktivitinya dengan lebih baik dan tersusun.

Oleh:
Sukarnih binti Sidik
PBSB Pantai Barat