home button

Sabah

SANDAKAN, 13 April 2022 - Lawatan kerja rasmi oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah ke Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan telah berlangsung hari ini.

Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk melakukan pemeriksaan pengurusan dan pentadbiran di Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan.

Turut hadir, Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan Encik Mohd Syahrin Bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan, serta pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan.

#JBSNM
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#jbssabah

Ryandie Angsukup
JBSN Sabah

TAWAU, 12 April 2022 - Kolam Renang Kompleks Sukan Tawau telah siap dibina sepenuhnya. Berikutan itu, satu Mesyuarat Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) Kolam Renang Kompleks Sukan Tawau hari ini yang dihadiri oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Mesyuarat ini adalah membincangkan kerja-kerja kecacatan yang perlu diperbaiki oleh pihak kontraktor mengikut skop kerja yang diadukan oleh pihak pengguna. Penambahbaikan kerja-kerja Kompleks Sukan Renang Tawau ini terus dipertingkatkan agar kemudahan sukan ini akan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat sejurusnya pembukaan rasmi kolam renang ini.

Turut hadir, YBrs. Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan Encik Mohd Ali Bin Abdul Sari, Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau.

#JBSNM
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#jbssabah

Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah

KOTA KINABALU, 23 MAC 2022 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda , Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah menerima kunjungan daripada Encik Juhaili bin Majid, Pemimpin program ARPRM yang datang ke Jabatan untuk menghantar buku log peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) untuk dibuat pemeriksaan.

Selain itu, dalam kunjungan ini Encik Juhaili selaku Pemimpin ARPRM juga memohon kepada pihak Jabatan agar dapat mengadakan sesi Webinar bersama dengan peserta-peserta ARPRM dibawah Pertubuhan Belia Sihat yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan April ini. Pihak Jabatan tidak mempunyai halangan dan mengalu-alukan program sebegini dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai peserta ARPRM pada masa hadapan.

Oleh :
Noorsafarinah binti Madalin
JBSN Sabah

KOTA KINABALU, 7 April 2022 - Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat berbesar hati menerima kunjungan, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Tuan Mohd Azhari Bin Mohammad berserta rombongan hari ini.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja rasmi Ketua Pengarah JBSN ke negeri Sabah di mana turut melibatkan tinjauan ke pejabat, premis dan kemudahan di bawah pentadbiran JBSN.

Semoga lawatan Ketua Pengarah, JBSN Malaysia ini dapat memberikan suntikan semangat kepada semua pegawai dan kakitangan PBSB Pantai Barat agar dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang.

Hadir bersama Encik Norman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan JBSN, Encik Carl Sherman Anak Rigar.

Oleh:
Sukarnih binti Sidik
JBSN Sabah