home button

Sabah

KOTA KINABALU, 20 April 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat, Encik Syivero Patrick telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat Bil2/2022 hari ini.

Mesyuarat telah membincangkan dan menerima laporan program-program yang telah dan akan dilaksanakan khususnya berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran pejabat serta penyelarasan dan perancangan program bagi tahun 2022.

Oleh:
Sukarnih binti Sidik
PBSB Pantai Barat

KOTA KINABALU, 18 April 2022 - Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat Encik Syivero Patrick bersama Encik Andy Suhardy bin Sarbini, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat telah menghadiri Mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program Rakan Muda Day Out Tahun 2022 secara atas talian.

Mesyuarat telah membincangkan mengenai pelaksanaan program Rakan Muda Day Out Tahun 2022 yang akan dilaksanakan sebanyak 4 siri oleh setiap PBSB. Diharapkan akan lebih ramai belia-belia di bahagian Pantai Barat akan menyertai program ini yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan April, Mei dan Jun tahun ini.

PUTATAN, 19 April 2022 - Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Zon Kota Kinabalu telah membuat pemeriksaan ke atas bangunan Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah sepertimana di bawah Seksyen 38 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 hari ini.

Tujuan utama pemeriksaan tersebut adalah sebagai sesi menghapuskan bahaya kebakaran meliputi sistem pencegahan kebakaran dan langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian kebakaran.

Pemeriksaan tersebut dihadiri dua (2) kekuatan Pegawai dan anggota bomba yang diketuai oleh Encik Jupiri Apou, Ketua Cawangan Keselamatan Kebakaran Zon 1, Kota Kinabalu. Turut bersama dalam lawatan tersebut, Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Fedrius Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan merangkap Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah serta Bahagian Pengurusan KOMBES.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
KOMBES Sabah