home button

Sabah

PUTATAN, 14 JUN 2022 - Satu mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan Kerja-Kerja Naiktaraf dan Baikpulih Kompleks Belia dan Sukan Putatan hari ini bertempat di KOMBES Sabah.

Mesyuarat yang dijadualkan secara berkala ini adalah untuk memantau kerja-kerja dan penyiapan projek berkenaan. Dalam mesyuarat tersebut, YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mempengerusikan mesyuarat dan mengingatkan pihak kontraktor agar dapat menyiapkan projek ini dengan kadar yang segera serta memastikan kualiti kerja terjamin.

Turut hadir dalam mesyuarat Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, semua Perunding yang telah dilantik dan Kontraktor Pemborong Ratus Jaya.

Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah

TUARAN, 13 Jun 2022 - Jawatankuasa Logistik dan Persiapan Tempat telah mengadakan sesi lawatan tapak bagi pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2022 hari ini.

Tujuan lawatan tapak ini diadakan adalah untuk menentukan kesesuaian susun atur pentas dan kanopi di Padang Pekan Tuaran. Padang Pekan Tuaran akan menjadi venue utama dalam pelaksanaan HBN kali ini.

Turut bersama dalam lawatan ini ialah Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Sabah, Encik Abqaree Fawwaz Abekan mewakili Pejabat YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia serta wakil daripada Pejabat Daerah Tuaran dan Majlis Daerah Tuaran.


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah

TENOM, 13 JUN 2022 - Mesyuarat dan Pemantauan Menaiktaraf dan BaikPulih Kompleks Sukan Tenom hari ini.

Dalam mesyuarat dan pemantauan tersebut adalah bertujuan bagi membincangkan kemajuan kerja-kerja projek fizikal. Pengerusi mesyuarat YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah menggalakkan agar bekerja sebagai satu pasukan iaitu diantara pihak kontraktor dan perunding agar mengekalkan dan meningkatkan prestasi kerja bagi memenuhi tempoh masa siap yang telah diberikan agar kemudahan sukan tersebut boleh dinikmati oleh masyarakat setempat.

Turut hadir mesyuarat dan pemantauan YBrs. Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah selaku Pegawai Pembangunan, Encik Faizam Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau, Encik Awangku Junaidi Bin Awangku Tinggal, pihak Kontraktor Gemilang Elektro Enterprise dan Encik Hilmi Abd Majid, pihak Arkitek EDP Sdn. Bhd.

Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah

PUTRAJAYA, 10 Jun 2022 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Belia Negara telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 15, Menara KBS yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Agenda utama mesyuarat ini adalah taklimat dan pembentangan konsep pelaksanaan sambutan Hari Belia Negara oleh Sekretariat HBN Kebangsaan serta perbincangan program/aktiviti sempena sambutan Hari Belia Negara bersama agensi-agensi yang berkaitan.

Turut bersama dalam mesyuarat ini secara atas talian ialah Tuan Mansur Bin Asun, Setiausaha Tetap KBSS, Tuan Apui Jan, Pengarah JBSN Sabah, Encik Syahrin Samsir, Pegawai Daerah Tuaran dan Encik Mackey Bin Apison, Pengurus Besar, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah