home button

Sabah

KOTA KINABALU, 8 Julai 2020 - Satu Lawatan pemantauan kemajuan projek membina gelanggang sepak takraw di Kg. Kesuapan, Kota Kinabalu telah diadakan hari ini. Lawatan yang diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas turut memeriksa kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor dilantik berdasarkan kepada skop kerja yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
TUARAN, 2 Julai 2020 - BSMM Daerah Tuaran, BSMM Daerah Penampang dan BSMM Daerah Sipitang telah membantu membersihkan kawasan Pusat Latihan OKU di Kg Selaud Tuaran yang terjejas akibat banjir yang melanda daerah Tuaran baru-baru ini. Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo berkata seramai 14 orang ahli yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
RANAU, 8 Julai 2020 - Sesi lawatan pemantauan kemajuan projek menaik taraf gelanggang bola tampar dan sepak takraw Kg. Lobou Baru, Timbua Ranau bagi minggu ketiga telah diadakan hari ini. Lawatan tersebut untuk memeriksa kemajuan kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor dilantik berdasarkan kepada skop kerja yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan. Encik Hamzah Md. Tahir dan Encik Andy Suhardy Sarbini hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat. Turut hadir Pengerusi MPKK Kg. Lobou Baru,Timbua Ranau. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
PUTATAN, 13 Julai 2020 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah diadakan Mesyuarat Unit Pembagunan Belia Bil 2/2020. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. En. Mohamad Mazlan Bin Hj. Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan melibatkan semua pegawai-pegawai Unit Pembagunan Sosial, Unit Pembagunan Ekonomi dan Unit Kepimpinan & Pembagunan Sahsiah. Perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah penyelarasan pelaksanaan program unit belia yang telah diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia seperti Program Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri, Anugerah Perdana Belia Peringkat Negeri dan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri. Oleh: Mohamad Safwan Bin Ibrahim JBSN Sabah