home button

Sabah

2607 1 2607

SANDAKAN, 26 Julai 2018- Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan telah menerima kunjungan daripada Komuniti Anak Muda Kampung Gum-Gum yang diwakili oleh Encik Hajis. Kunjungan ini telah dilakukan pada 25 Julai 2018 (Rabu), jam 10.30 pagi.

Tujuan kunjungan dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat dan nasihat mengenai Penubuhan Kelab Belia dan sekaligus ingin mendaftar Komuniti Anak Muda Kg.Gum-Gum sebagai sebuah kelab belia. Penerangan mengenai pendaftaran kelab tersebut telah disampaikan oleh En. Idi Bin Ladinda iaitu Penolong Pegawai Belia dan Sukan.

Oleh:
Idi Ladinda
PBSB Sandakan
26072018 01

SANDAKAN, 26 Julai 2018- Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan telah menerima kunjungan daripada SJK (C) Syn Hua Sandakan iaitu Encik Pea Pue Jen selaku pegawai projek bagi Syn Hua Run 2018. Kunjungan tersebut dilakukan pada 25 Julai 2018 (Selasa) pada jam 3.00 petang.

Tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan berkenaan dengan pelaksanaan program Syn Hua Run yang akan diadakan pada 9 September 2018 (Ahad) serta mendapatkan khidmat nasihat berhubung penganjuran Syn Hua Run tersebut.

Bersama dalam perbincangan tersebut ialah Encik Muhamad Khaled Bin Januil selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Sandakan.

Oleh:
Muhamad Khaled Januil
PBSB Sandakan
SRBK 6 SRBK 7

KUDAT, 26 Julai 2018 - Program Senamrobik sempena Festival Kudat berjaya dilaksanakan dengan penyertaan sekitar 200 orang. Program tersebut merupakan salah satu pengisian dalam acara Sambutan Festival Kudat 2018 pada kali ini. Turut serta dalam aktiviti senamrobik ini ialah Tuan Francis Chong, Penolong Pegawai Daerah Kudat.

Program yang dikendalikan oleh Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Kudat ini menampilkan 3 orang instructor senamrobik daripada SAIEF Malaysia Fitness.

Oleh:
Jafrin Nordin
PBSB Kudat
26072018 001 26072018 002

SANDAKAN, 26 Julai 2018- Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan telah menerima kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Penaja Batu Sapi iaitu Encik Azman bersama dua orang pembantunya. Kunjungan ini dilakukan pada 25 Julai 2018 (Rabu) pada jam 3.00 petang.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat berkenaan penubuhan kelab belia di samping ingin mendaftar kelab belia Bahagian Batu Sapi. Penerangan dan khidmat nasihat mengenai penubuhan kelab tersebut telah disampaikan oleh Encik Idi Bin Ladinda selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Sandakan.

Oleh:
Idi bin Ladinda
PBSB Sandakan